Friday, August 28, 2009

35 things ~*


*~35 ThingS~*

sekali anda di tag anda hendaklah menyatakan 35 fakta secara rawak dan spontan tentang diri anda. anda juga digalakkan tag 35 rakan2 anda untuk mengetahui tentang mereka. adalah lebih baik jika anda menggunakan bahasa melayu. ini secara tidak langsung dapat mengembalikan keindahan bahasa melayu kita yang semakin diabaikan ;)


1.sekarang saya tak tegar pergi clubbing tapi sesekali saya enjoy juga (dulu saya sangat tegar)
2. muzik yg kuat buat saya lebih bersemangat dan saya boleh melupakan masalah saya (d reason saya akan pasang lagu kuat2 dalam kereta)
3.saya juga enjoy karaoke sangat sangat . satu lagi cara melepaskan kemarahan dan masalah.
4.saya hargai dan sayangkan bebudak pejabat saya kerana mereka gila gila. jika ada sorang yg tidak gila, semua org akan kacau dia sehingga dia gila.
5.kini saya di rumah, terlepas sahur, tapi tidak lapar, saya kagum kerana saya belum berasa lapar, mungkin pukul 2 nanti saya akan lapar.
6.sepatutnya saya pergi ke phi phi island selepas raya, tetapi kerana saya telah berselisih faham dengan rakan saya, kami telah membatalkan niat itu, mungkin semasa raya, kami akan bermaafan dan teruskan dengan rancangan itu?
7.saya yakin saya akan menjadi insan yang berjaya. dalam masa 5tahun saya akan menjadi seseorang.
8.tahun hadapan saya akan meninggalkan malaysia. dan saya sangat teruja untuk mulakan kehidupan baru dan tinggalkan apa yang saya ada di malaysia kerana buat masa sekarang, saya tidak gembira.
9.saya harap saya akan lebih matang dan melihat kehidupan dari sudut yang berbeza selepas ini.
10.saya sayang bf saya.dia idol saya tapi mungkin dia tidak tahu tentang itu
11.saya harap dia tidak nakal sepanjang ketidakhadiran saya di bumi malaysia ini.masih ingatkah anda dengan perjanjian kita?mungkin kita akan lebih menghargai antara satu sama lain bila sudah jauh di mata (mungkin sangat dekat di hati)
12.saya sukakan pekerjaan saya. saya teruja melihat acara besar yang berjaya dan saya banyak belajar daripada bos saya.dia ada facebook saya. saya harus lebih berhati hati menulis ini..hahaha..
13.di pejabat semua orang ada panggilan sendiri. nora cantik, see ming cute,wan pendek 1, syam pendek 2 dan saya? err...syhhh....
14.owh baru no.14, saya memang banyak bercakap. lelaki suka perempuan yang banyak cakap, tapi mereka benci perempuan yang suka membebel
15.owh tetiba saya rindukan kawan kawan btn saya. saya tak sangka saya akan sanggaaaaaat enjoy di sanaa!
16.saya takkan lupakan kenangan berdiri di sebelah Tun M selama 5minit dan dia senyum pada saya (dia memang senyum pada saya!) dia pemimpin yang hebat!
17.saya sangat tidak glamer di uitm jengka, tidak ada sesiapa yang ingat siapa saya. tapi saya telah merubah diri serta keyakinan saya sebaik berpindah di uitm shah alam.
18.saya suka tengok muvii, sangat sangat suka. kawan kawan saya suka ajak saya tengok muvi dengan mereka, pernah sekali dalam masa seminggu, saya sudah abiskan suma list muvi dalam wayang! (kecuali cerita tamil dan cina)
19.saya tiada rumah kerana saya tidak pernah bayar sewa rumah. saya selalu menumpang di rumah rakan saya di KJ.kekadang saya balik rumah kakak saya di taman melati atau di puchong.
20.masa kecik kecik saya sangat gilakan affa daripada kumpulan NICO.saya pernah hantar kad raya pada dia (saya tak rasa dia baca kad saya)
21.saya ramai rakan lelaki daripada perempuan.mereka suka saya kerana saya suka bercakap tak control cute dan menjadi diri sendiri.(tentulah , saya bukan nk ngorat mereka, buat apa nk control ayu)
22.saya ada dua rakan yang sangat saya hargai. salmi suhana serta eizani safri zakariah
23.saya pernah kecewa dengan hidup saya dan sal suruh saya tinggal bersamanya selama seminggu agar saya boleh lupakan kekecewaan saya. terima kasih sahabat!
24.saya pernah menumpang motor eizani selama satu semester kerana saya tiada alternatif lain untuk ke kelas.orang ingat kami bercinta tapi saya dengan dia tidak pernah ada perasaan itu.dia lelaki yang suka membebel. terima kasih sahabat!
25.saya mudah sensitif, sedih tapi saya mudah dipujuk dan mudah lupa.
26.saya ingin melihat bunga tulip
26.owh ya, jabbaar juga rakan baik saya. dia sangat sangat membantu saya ketika di uitm jengka serta uitm shah alam. terima kasih sahabat! pet aka rosli aka abang long saya juga sangat baik dengan saya selepas dia bekerja ini. semoga dimurahkan sentiasa rezekinya dan rezeki itu dapat dialir kepada saya juga! terima kasih sahabat!
27.saya pernah berlakon dan dapat tawaran lagi selepas itu menjadi pelakon pembantu untuk satu drama tapi saya tolak kerana shooting ketika saya final exam.mungkin jika saya tak tolak tawaran itu, saya menjadi pelakon terkenal sekarang ini?dan gambar gambar saya bergembira bersama rakan rakan yang dianggap tidak sopan sudah tersiar di laman sesawang serta youtube?
28.jangan menipu seorang penipu
29.saya tidak lupakan abang sam, dia yang memperkenalkan saya pada dunia event, dan byk bagi job event pada saya dan memperkenalkan salmi suhana pada saya:)
30.kenangan indah, citrawarna 2007 dan 2008.sepanjang berkampung untuk acara itu, saya rasa seperti satu keluarga!
31.event paling mewah, live and loud 2007. saya menginap di one world hotel (menjadi ketua sekretariat di one world jadi saya yang uruskan jadual, dan saya menjadi ketua yang sangat sporting!) selama seminggu dan ke marriott selama 4hari. menjadi sekretariat menguruskan artis tapi kehidupan saya sangat mewah di sana. artis artis jagaan saya sangat la senang di urus. saya terserempak dengan kc n jojo ketika breakfast di cafe dan dapat bergambar dengan kc n jojo!tapi manager mereka agak gatal!
32.bersama mytv3 untuk series of jomheboh serta karnival sukan remaja menjadikan kulit saya gelap! saya ingat lagi saya tak segelap sekarangg!
33.sepanjang bersama bf saya, dia baru bagi saya bawa kereta dia sekali, saya harap dia lebih percayakan saya selepas ini;p
34.saya sakit kepala sekaranggg...dan saya dah start rasa lapar
35.saya gembira dapat berkongsi cerita ini dengan anda!saya sangat telus menulis ini.

No comments:

Post a Comment